7 Kelebihan Madu Kyrgyzstan Olive House

Madu Asli Segar Pergunungan Kyrgyzstan Olive House

Setiap madu asli punyai ciri-ciri dan kelebihannya dari pelbagai aspek yang menjadikan sesuatu madu itu mempunyai keunikan tersendiri seperti mana Madu Asli Olive House ini. Antara kelebihan madu Kyrgyzstan Olive House:

 

Pertama : Ada ciri-ciri seperti disebutkan didalam Al-Quran

Madu asli Olive House adalah berasal dari wilayah Chong Kemin, Kyrgyzstan. Daerah ini merupakan kawasan yang dipenuhi gunung ganang dan tidak ada sebarang pembangunan mahupun aktiviti industri. Di kawasan ini juga tumbuhnya pelbagai spesis bunga di mana di sinilah lebah-lebah menghisap sari untuk menghasilkan madu.

Jika kita rujuk ayat Al-Quran iaitu Surah An-Nahl ayat 68 dengan terjemahan seperti berikut:

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Maksud: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Gunung-gunung disebut terlebih dahulu berbanding kawasan lain.

Kemudian dalam ayat ke-69:

ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Bermaksud: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Bunga-bungaan iaitu lebih dari satu jenis bunga; multifloral

Kaitan yang yang dinyatakan di atas adalah bertujuan berkongsi ilmu tentang bagaimana madu yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan menekankan ciri-ciri pemilihan madu asli Olive House.

Ianya tidak sama sekali menafikan kebaikan dan kelebihan madu lain kerana setiap madu mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri.

 

Kedua : ‘Raw Honey’, ‘Unfiltered’ dan ‘Un-Heated’.

Perlu kita ketahui terdapat dua jenis madu di mana yang membezakan mereka adalah dari segi bagaimana ianya diproses.

  1. Madu Asli – “Raw Honey”
  2. Madu Biasa – “Regular Honey”

Madu asli (raw honey) diperolehi secara terus dari sarang lebah di mana lebah yang mati dan ‘beeswax’ akan diasingkan. Kemudian ianya terus melalui proses pembungkusan atau pembotolan.

Manakala madu biasa akan melalui proses tambahan seperti penapisan (filter) dan pempasturan (heating). Proses ini dilakukan bagi meningkatkan jangka luput madu dan rasa yang lebih lembut akan tetapi proses seperti pempasturan dengan haba yang tinggi telah menyebabkan yis yang terdapat di dalam madu akan mati.

Madu yang tinggi nilai khasiat semestinya adalah dari jenis ‘raw honey, tidak dipanaskan (un-heated/un-pastueurized) dan tidak ditapis (unfiltered).

 

Ketiga : Madu Asli Olive House Sarat Nutrisi Semulajadi

Seperti mana dinyatakan bahawa madu asli pergunungan Kyrgyztsan Olive House ini dihasilkan oleh lebah yang menghisap sari dari pelbagai spesis bunga. Oleh kerana labah-lebah ini menghisap sari lebih dari satu jenis bunga, ianya sudah tentu membekalkan kepelbagaian nutrien, enzim, antioksida dan pelbagai zat semulajadi.

Menurut laman healthline.com, secara umumnya kandungan yang terdapat dalam madu asli (‘raw honey’) adalah berbeza dengan madu biasa. Ia mempunyai kira-kira 22 asid amino, 31 mineral yang berbeza dan pelbagai vitamin dan enzim walaupun dalam jumlah yang sedikit. (1,2,3).

Selain dari itu, madu asli juga mengandungi lebih daripada 30 jenis sebatian bioaktif timbuhan seperti polifenols yang mana ianya betindak sebagai antioksidan. (4,5,6)

Banyak juga kajian telah yang menghubungkan antioksidan ini dengan manfaat yang sangat baik kepada kesihatan, termasuk mengurangkan keradangan anti-infalmmation) dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser tertentu. (7,8,9)

 

Keempat : Madu dari Persekitaran Segar & Bebas Dari Pencemaran

Jika dilihat kawasan persekitaran di  mana madu ini dihasilkan, ianya adalah kawasan yang tidak ada bangunan tinggi, tiada kawasan industri malah tidak ada kesesakan lalulintas; tiada pencemaran. Dengan persekitaran yang segar, bergunung-ganang dan penuh dengan pelbagai jenis bunga, kualiti madu yang dihasilkan juga dikatakan segar dan bebas dari element pencemaran.

 

Kelima : Rasa, Warna dan Tekstur Istimewa

Madu asli Kyrgyzstan Olive House mempunyai penampilan berbeza terutama pada teksturnya, kepelbagaian warna dan rasanya. Bagi mereka yang tidak biasa atau kurang berpengetahuan tentang madu asli meluahkan rasa keliru akan mendapan yang terkandung dalam botol madu.

Mendapan ini bukanlah gula tambahan seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana ianya merupakan “granul” yang terhasil melalui proses pengkritalan kesan daripada perbezaan cuaca, suhu dan kandungan air yang rendah.

Warna yang tidak konsisten juga merupakan salah satu ciri madu asli kerana bergantung kepada beberapa faktor seperti cuaca dan tempat lebah menghisap sari. Ini kerana, pengumpulan madu ini dilakukan secara nomad dengan berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan dalam tempoh tertentu kerana ingin medapatkan sari dari bunga yang segar.

 

Keenam : Memenangi Pingat Emas Anugerah ‘World Bee-Keeping Award

Pengusaha madu di Kyrgystan ini merupakan kumpulan yang berpengalaman luas dalam perusahaan madu asli. Mereka telah memenangi pingat emas dalam acara ‘World Bee-Keeping Award’ pada tahun 2015 dan 2017Ini merupakan anugerah bertaraf antarbangsa sebagai pengiktiranfan kepada perusahaan mereka dari segi kaedah dan kualiti madu yang dihasilkan.

 

Ketujuh – Diiktiraf Auntentik & MESTI oleh KKM

Dengan ciri-ciri keaslian seperti yang digambarkan mungkin belum cukup untuk meyakinkan bahawa ianya adalah madu yang betul-betul asli dari.

Ini kerana di dalam pasaran, terdapat media melaporkan lebih 80% madu dalam pasaran adalah tidak asli dan telah bercampur. Ini mungkin kerada pelbagai proses yang lakukan serta pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan semata-mata yang mencampurkan madu dengan bahan lain seperti gula.

Madu asli mempunyai rasa dan bau khas seakan-akan tumbuhan dan bunga, manakala madu tiruan berbau air gula dan tengik serta rasanya terlampau manis.

Madu tiruan juga warnanya lebih lutsinar dan jelas tidak seperti madu asli yang lebih keruh sebab mengandungi bahan-bahan aktif.

Justeru pihak Olive House telah mengambil inisiatif untuk madu ini diperiksa dan diuji oleh pihak KKM di mana hasilnya mendapati madu asli Kyrgyzstan Olive House ini layak mendapat pensijilan Autentik & MESTI oleh KKM. Jadi anda tidak perlu ragu akan keasliannya dan amalkanlah madu asli Kyrgyzstan Olive House ini dengan yakin.

 

Kesimpulan Kelebihan Madu Asli Olive House

Seperti mana kita ketahui bahawa manfaat madu asli kepada kesihatan amat banyak sehingga disebut sebagai salah satu penawar kepada banyak penyakit. Sumber dan keaslian madu amat penting sekiranya kita ingin jadikan amalan harian atau tujuan perawatan.

Setiap madu mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Madu Asli Kyrgyzstan Olive House dengan sumber yang terpilih serta keaslian yang terjamin sudah tentu akan berikan anda pengalaman berbeza dengan keunikannya.

 

Madu Pergunungan Kyrgyzstan

RM 59.90 (125gm)


RM 119.90 (350gm)

 

 

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.