Tips Makan di Rumah Terbuka/Majlis Hari Raya

Dah masuk minggu ke-4 Aidilfitri dan masih rancak lagi jemputan ke open house atau majlis hari raya. Jadi, sebagai tetamu, pemilihan makanan perlu diambil secara bijak dan teratur agar tidak melebihi keperluan diet seharian.

Antara tips makan yang boleh dipraktikkan:

1️⃣ Merancang pengambilan makanan. Perlu merancang berapa rumah terbuka yang ingin kunjungi dalam sehari. Dengan ini, kita dapat merancang berapa kalori yang terkumpul melalui hidangan yang diambil.


2️⃣ Makan dalam kuantiti yang berpada-pada. Kawal pengambilan makanan dengan menggunakan pinggan yang kecil. Cara ini mengelakkan pengambilan makanan yang banyak.


3️⃣ Elakkan makan berlebihan di rumah terbuka. Amalkan konsep suku suku separuh semasa mengunjungi rumah terbuka.

Sumber: Health Article Columbia Asia Hospital

Amalkan satu sudu Cuka Buah Tin yang dicampur bersama satu cawan air kosong(200ml) untuk menyokong proses penghadaman badan yang optimum setelah makan pelbagai jenis makanan berat.

Post Your Comment Here

Your email address will not be published.